Wednesday, 2 November 2011

Pemikiran kreatif~~


 
Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the
results.” (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Asas Lukisan~~~



Lukisan

Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif

1. Objek / item
* Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.
* Bentuk dan struktur
* Jalinan pada permukaan objek tersebut
* Warna - sekiranya menggunakan warna

Kesan Cahaya dan Bayang
* Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang adalah penting.
* Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.
* Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan bayang

2. Pencahayaan
* Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis
* Kesan arah cahaya
* Kesan bayang objek
* Kualiti ton yang wujud
* Kesan Pantulan cahaya

3. Perspektif

* Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang kita lukis.
* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis
* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza

Jenis-jenis titik perspektif

1. Perspektif 1 titik lenyap

2. Perspektif 2 titik lenyap

3. Perspektif 3 titik lenyap


Peralatan

Alatan asas yang digunakan ialah :

pensil
pen
dakwat
arang/ charcoal
pastel
krayon

* pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa
* pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis.
* pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
* apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk memdapatkan kesan yang dikehendaki.
* garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten
* jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

Teknik Garisan


menggunakan pen, pensil atau dakwat
garisan disusun membentuk imej dan menimbulkan bentuk - untuk menimbulkan bentuk objek hendaklah menggunakan kualiti garisan.

Teknik Garisan Silang

Teknik Titik / Pointilistik

* Menggunakan pensil, pen atau pen teknikal.
* Titik-titik diolah dan disusun bagi menghasilkan ton yang dapat menimbulkan bentuk objek yang dilukis.